Berita Semasa

Darjah kebesaran Mohammad Agus ditarik balik?

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ditarik balik berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi warta bertarikh 28 Disember lalu yang tular sejak pagi tadi.

Menurut warta tersebut, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

“Bagi menjunjung titah perintah Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

“Penarikan balik ini berkuat kuasa mulai 2 Disember lalu,” katanya menerusi warta berkenaan.

Warta bertarikh 28 Disember yang mula tular sejak pagi tadi.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Kelantan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung penarikan balik darjah kebesaran berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button