Berita Semasa

Mangsa banjir di Kelantan hampir cecah 2,000, 21 PPS dibuka

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,991 orang setakat jam 9 pagi tadi, berbanding 1,599 orang malam tadi dengan tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

Menurut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 918 orang daripada 256 keluarga yang berada di lima PPS.

Jumlah mangsa banjir di Jeli juga meningkat kepada 571 orang membabitkan 155 keluarga berada di empat PPS, diikuti di Tanah Merah (386 orang, 114 keluarga) dan Gua Musang (116 orang, 36 keluarga).

Selain itu, empat sungai utama telah melepasi paras bahaya manakala tiga sungai lepasi paras amaran dan lapan melepasi paras waspada, lapor laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my .

Antara sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu iaitu 2.35 meter (m), Sungai Golok di Rantau Panjang (10.55m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.63m) dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.51m).

Show More

Related Articles

Back to top button