Berita Semasa

Tok Ti, Allahyarham P Ramlee terima Anugerah Khas sempena World Muslimpreneur

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan usahawan terkenal tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima Anugerah Seniwati Berjasa sempena majlis World Muslimpreneur yang dianjurkan di ibu negara hari ini.

Menurut penyanyi nombor satu negara itu, anugerah itu sangat bermakna bukan sahaja kepada dirinya malah kepada penerima lain yang berkerja keras dalam memastikan bisnes yang dilakukan dapat bertahan dan menjana keuntungan sepanjang pasca Covid-19 pada tahun lepas.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang World Muslimpreneur yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam. Saya minta maaf kepada semua peserta kerana tidak dapat hadir kerana terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.

“Namun sangat bermakna dapat menjadi sebahagian majlis ini yang meraikan usahawan Muslim Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh sepanjang pasca Covid-19 pada tahun lepas yang bukan sahaja mengekalkan momentum perniagaan malah jualan mereka berlipat ganda berbanding tahun sebelumnya.

“Semoga anugerah ini menjadi asbab untuk anda bekerja lebih kuat untuk meningkatkan jenama bisnes di tempat yang lebih baik lagi,” katanya dalam satu rakaman video.

Dalam pada itu, Seniman Agung Negara, Allayharham Tan Sri P. Ramlee dianugerahkan Anugerah Seniman Lagenda Berjasa.

Anugerah itu diterima oleh anaknya Sazali P. Ramlee.

Turut menenerima anugerah khas dalam majlis itu ialah penyanyi terkenal, Datuk Nash dan tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang masing-masing menerima Anugerah Seniman Berjasa dan Anugerah Jasa Bakti.

Sementara itu, syarikat AEO Freight Sdn Bhd dan Richiamo Coffee diangkat sebagai Brand Of The Year.

Bagi Anugerah Most Influential Brand pula dianugerahkan kepada Warongku (Idea Creative Technology), Glowing Beauty Sdn Bhd, Cahaya Nur Holiday dan Mohd Chan Group Bhd.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button