Berita Semasa

Buaya sepanjang dua meter di marina Puteri Harbour

ISKANDAR PUTERI – Seekor buaya dewasa sepanjang kira-kira dua meter dikesan di kawasan jeti Puteri Harbour di sini sekaligus mencetuskan kebimbangan orang ramai untuk beriadah di kawasan tumpuan pelancong itu.

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh pemilik akaun bernama Orrez3699, seekor buaya dirakam sedang berenang berhampiran dengan sebuah bot.

Hantaran itu mendapat komen daripada pengguna-pengguna lain yang mendakwa buaya berkenaan telah lama dikesan di kawasan marina tersebut.

“Kaki pancing yang selalu datang sini sudah lama tahu. Pelancong dan orang luar kena berhati-hati,” kata Rahime.

Sementara itu dalam hantaran yang berlainan, ada yang mendakwa terdapat dua ekor buaya di kawasan yang sama sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Aminuddin Jamin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berada di kawasan itu bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.

Katanya, Perhilitan telah menerima aduan berkaitan kemunculan binatang reptilia berkenaan dan kini sedang menjalankan pemantauan di kawasan terlibat.

Show More

Related Articles

Back to top button