Jenayah & Mahkamah
Zayn Rayyan disahkan mati dibunuh
KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemukan meninggal dunia di saliran air berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini disahkan mati dibunuh.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, lapor Harian Metro.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam kanak-kanak malang itu ditemukan dalam keadaan mengiring di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya.
Ketika ditemukan kanak-kanak itu masih lengkap berpakaian sekolah sewaktu dia hilang.