Jenayah & Mahkamah

Jemputan mesyuarat projek menara 5G, JENDELA 2 di Sabah palsu – MCMC

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dengan penyebaran satu jemputan mesyuarat mengenai pelaksanaan projek menara 5G dan projek JENDELA 2 di Sabah yang didakwa akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, jemputan tersebut adalah tidak benar dan merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya orang ramai.

“Satu laporan polis telah dibuat oleh MCMC berhubung perkara tersebut.

“Sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai pelaksanaan projek-projek sedemikian akan dibuat mengikut saluran rasmi MCMC,” katanya.

Sehubungan dengan itu, MCMC menasihatkan orang ramai melayari laman rasmi MCMC bagi mendapatkan kepastian dan pengesahan mengenai majlis yang dianjurkan pihaknya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button