Berita SemasaPM X

PM Anwar sahkan pemimpin Eropah ugut Malaysia

Tidak puas hati Malaysia lantang suarakan isu Palestin

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pemimpin negara Eropah mengugut Malaysia kerana lantang menyuarakan isu Palestin.

Beliau bagaimanapun berkata, Malaysia tidak akan menghiraukan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak termasuk ugutan dikenakan sekatan terhadap negara ini.

“Ada Ahli Parlimen Eropah, kita beri keterangan jelas dengan kenyataan mereka dan ada yang usul langsung… kita usah risau berhubung perkara itu, kita ada urusan kerja,” katanya selepas merasmikan Karnival Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia, di sini hari ini.

Semalam, dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, Anwar mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak takut dengan ugutan pihak menyokong Israel ekoran kelantangannya memperjuangan rakyat Palestin.

Show More

Related Articles

Back to top button