Berita Semasa

PM tidak pernah sokong penubuhan parti politik baharu

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja
menyalahgunakan nama Perdana Menteri bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran dari Pejabat Perdana Menteri.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekaligus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Perdana Menteri dan pentadbiran kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarakan oleh mana-mana pihak.

Sebelum seorang ahli perniagaan yang juga kenalan rapat Perdana Menteri menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu berasaskan kaum India di negara ini.

Ahli perniagaan berkenaan, P Thiagarajan berkata, segala keputusan yang akan dibuat akan disampaikan kepada Perdana Menteri.

Show More

Related Articles

Back to top button