PM X

PM Anwar adakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Thailand, Iraq

NEW YORK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan mesyuarat dengan rakan sejawatnya dari Thailand dan Iraq di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, di sini.

Untuk rekod, ia adalah pembabitan rasmi pertama Anwar dengan Srettha Thavisin sejak taikun hartanah Thailand itu dilantik sebagai Perdana Menteri bulan lalu.

Mesyuarat yang berlangsung selama 30 minit itu turut dihadiri menteri-menteri Kabinet kedua-dua negara.

Katanya, pertemuan itu memberi peluang untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada sambil meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

“Kami juga berpeluang membincangkan pelbagai isu lain melibatkan sempadan negara, proses perdamaian di Selatan Thai dan isu serantau yang mempunyai kepentingan bersama,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, selain membincangkan cara untuk mengukuhkan hubungan dua hala, pelbagai isu termasuk sempadan, proses damai di Selatan Thailand dan isu-isu serantau lain turut dibincangkan bersama.

Kemudian Anwar bertemu Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia’ Al Sudani dan kedua-dua pemimpin membincangkan cara untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka dan meneroka bidang kerjasama baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia’ Al Sudani – Foto Facebook Anwar Ibrahim.

Dalam pertemuan itu, Anwar memaklumkan kepada Mohammed Shia bahawa Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Baghdad, Iraq, yang ditutup sejak lebih 20 tahun lalu.

“Saya turut maklumkan keputusan Kerajaan Malaysia untuk membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad selepas lebih 20 tahun ditutup,” katanya.

Tambah Anwar, kedua-dua pemimpin turut  bersetuju supaya Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara Malaysia dan Iraq yang telah tertangguh sekian lama bersidang semula dalam masa terdekat.

Iraq kekal sebagai rakan dagang keenam terbesar Malaysia dan sumber import ketujuh terbesar dalam kalangan negara-negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan tahun lepas bernilai RM4.68 bilion (US$1.07 bilion), meningkat 24.3 peratus berbanding RM3.76 bilion (US$0.91 bilion) pada 2021.

Show More

Related Articles

Back to top button