Berita Semasa

Azizulhasni terlibat dalam kemalangan ketika sesi latihan

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang berdepan detik mencemaskan apabila terlibat dalam kemalangan ketika sesi latihan.

Menurut Azizulhasni, kemalangan itu berlaku susulan kegagalan mekanikal di basikalnya.

“Saya terlibat dalam kemalangan berkelajuan tinggi semasa sesi latihan kerana kegagalan mekanikal.

“Kemalangan berlaku di selekoh pertama velodrom pada kelajuan tertinggi ketika saya sedang melakukan usaha laju mengejar motosikal,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebooknya.

Bagaimanapun, Azizulhasni berkata, beliau bersyukur apabila tidak mendapat kecederaan yang serius akibat kemalangan itu.

“Saya berasa bersyukur kerana kemalangan ini tidak menjadi lebih teruk. Ia boleh menyebabkan kecederaan teruk. Sebarang kemalangan berlaku dalam keadaan tertentu ini bukan jenaka. Alhamdulillah Allah selamatkan saya. Syukur.

“Terima kasih kepada pasukan saya, Dr Munawwar, Dr Jass, Dr Azril dan seluruh pasukan Institut Sukan Negara (ISN) kerana membantu saya,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button