Politik

Muhyiddin dakwa kerajaan hari ini takut suara rakyat

MUAR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat dakwaan Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim takut dengan suara rakyat.

Dakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, ketakutan itu jelas dapat dilihat menerusi tindakan mereka menyekat media sosial yang digunakan untuk menyatakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan hari ini.

“Kenapa perlu ada sekatan terhadap penggunaan media sosial, malah ada ketika dikatakan polis akan datang ke rumah jika memuat naik perkara berkaitan kerajaan.

“Semua ini tidak pernah berlaku ketika pentadbiran saya, rakyat nak marah atau tidak suka dengan Perdana Menteri, tak apalah,” kata Muhyiddin dalam Ceramah Mega PN di Markas Pas Bakri, di sini malam tadi.

Pada masa yang sama, Muhyiddin turut mendakwa, orang Melayu di negara ini berada dalam situasi terancam kerana tidak menguasai kerajaan.

Dakwanya, walaupun dikatakan sebagai Kerajaan Perpaduan, namun setiap parti di dalamnya mempunyai pandangan dan ideologi berbeza.

“Atas sebab itu, kita perlukan satu kuasa untuk mentadbir negara kerana melaluinya hanya satu pandangan dan ideologi yang dicetuskan,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button