Berita Semasa

Bukit Aman panggil Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dipanggil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung satu ucapannya pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor.

Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, Ahli Parlimen Marang itu akan dipanggil Bukit Aman dan sedia memberi kerjasama penuh.

“Pagi ini kami telah dihubungi pihak Bukit Aman untuk mendapatkan keterangan daripada Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, berhubung suatu laporan polis terhadap ucapan beliau dalam kempen pilihan raya di Simpang Jeram, Johor.

“Perkara ini telah pun dimaklumkan kepada Tan Sri Tuan Guru, dan beliau menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman,”katanya.

Syahir berkata, ia bukan kali pertama Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman dan beliau sedia memberikan kerjasama penuh.

“Malah sebelum ini Tan Sri Tuan Guru telah pun memberikan keterangan kepada Bukit Aman, termasuklah menyerahkan peranti (telefon bimbit) milik pengendali akaun Facebook rasmi beliau (Setiausaha Akhbar) kepada pihak Bukit Aman dan SKMM, bagi membantu siasatan.

“Dalam hal ini, Tan Sri Tuan Guru menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak PDRM dan SKMM dalam menjalankan tugas dan siasatan,”katan.

Abdul Hadi dalam ceramahnya sepanjang PRK Simpang Jeram mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) akan memberi kelebihan untuk pertukaran kerajaan pusat.

Beliau juga turut mendedahkan bahawa bekas pemimpin PAS yang keluar parti dan menyertai Amanah kerana takut kalah pilihan raya.ya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button