Kementerian Ekonomi lancar Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri ke-4
Turut umum pelantikan 26 tokoh anggotai MED4IRN
CYBERJAYA – Kementerian Ekonomi hari ini melancarkan Majlis Ekonomi Digital Negara dan Revolusi Industri Ke-4 (MED4IRN) dalam usaha merangka dasar pelaksanaan tranformasi digital yang lebih holisitik demi kemajuan ekonomi negara.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, penubuhan MED4IRN adalah bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama dalam ekonomi digital di peringkat global.
Tambah Rafizi, melalui rangka kerja MED4IRN, kerajaan mengambil pendekatan bersepadu dalam membangunkan ekosistem ekonomi digital yang cergas melibatkan sektor awam dan swasta.
Sehubungan itu, beliau turut mengumumkan pelantikan 26 tokoh bagi menganggotai MED4IRN.
Majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebagai Ketua Sekretariat.
Kata Rafizi lagi, proses pemilihan ahli majlis dilaksanakan melalui panggilan terbuka dengan pakar dan profesional daripada pelbagai sektor mengemukakan pencalonan.
Pelantikan dibuat hasil saringan ribuan pemohon yang menyahut
jemputan Kementerian Ekonomi agar jawatankuasa kerajaan turut disertai oleh penggiat industri yang ada kepakaran di segenap peringkat.
“Majlis ini akan bertanggungjawab merangka dasar, berkongsi nasihat pakar dan membimbing pelaksanaan di semua peringkat pentadbiran dan sektor-sektor ekonomi.
“Kepentingan merangkul transformasi digital tidak boleh dipandang enteng.
“Pengamalan perubahan digital bukanlah lagi suatu pilihan; ia adalah suatu keperluan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, dan daya saing global,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Senarai Anggota MED4IRN
Pengerusi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Sekretariat
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli
Pengerusi Kluster
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali
Menteri dengan portfolio berkaitan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Sektor swasta, industri, akademik, kumpulan pemikir, pertubuhan
Prof Madya Dr. Wan Wardatul Amani Wan Salim
Mohd Ridzwan Nordin
Warren Leow Jia En
Tan Aik Keong
Abu Bakar Ngah
Rajifah Ramli
Chin Kah Yi
Raj Ridvan Singh
Lim Yee Mei
Mohammed Faiz Shaul Hamid
Jasbir Singh S/O Maktiar Singh
Ex-Officio
Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron
Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Datuk Rodzi Md Saad
Ahli Tangkas
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din
Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Sdn Bhd, Syed Ibrahim Syed Noh.