Berita Semasa

Majlis Darul Ehsan Berselawat sempena ambang tahun baharu 2024

CYBERJAYA – Orang ramai dijemput menghadiri Majlis Darul Ehsan Berselawat yang akan diadakan di Dataran Karnival, pekarangan Stadium Shah Alam pada 31 Disember, bermula pukul 2 petang.

Program anjuran kerajaan negeri itu adalah bersempena sambutan ambang tahun baharu 2024 dan bakal disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Majlis akan turut menampilkan tokoh Islam seperti Habib Jindan Novel, Habib Ali Zainal Abiin Assegaf dan Habib Nael Ben Taher, yang dijadual memimpin alunan qasidah.

Turut diadakan pada majlis munajat, zikir dan berselawat itu adalah bacaan Doa Untuk Palestin selain reruai pameran oleh pelbagai agensi dan jabatan kerajaan.

Selain itu, turut diadakan pelbagai acara menarik buat seisi keluarga seperti pertandingan mewarna buat kanak-kanak serta gerai jualan keusahawanan.

Orang ramai digalakkan membawa sejadah dan tikar serta memakai pelitup muka.

Show More

Related Articles

Back to top button