Politik

Air percuma untuk semua isi rumah jika PN menang PRN Selangor – Azmin Ali

GOMBAK –  Program air percuma kepada semua isi rumah di Selangor adalah antara inisiatif yang akan diperkenalkan semula Perikatan Nasional (PN) jika memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor (2014-2018), beliau telah meneruskan dasar pemberian air percuma bagi 20 meter padu pertama yang diperkenalkan ketika pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.

Namun begitu, calon PN DUN Hulu Kelang itu berkata, pentadbiran Datuk Seri Amirudin Shari pada 2020 telah mengehadkannya kepada golongan sasar yang berada dalam golongan B40 sahaja.

“Air percuma semua dapat (ketika pentadbirannya), buka sahaja saya bayar.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pengerusi PN) telah setuju kalau PN menang di Selangor, kita akan teruskan program ini,” katanya pada ceramah DUN Hulu Kelang malam tadi.

Sementara itu, Azmin berkata, PN akan melancarkan manifestonya Jumaat ini yang antaranya berjanji untuk menawarkan 100,000 pekerjaan berkualiti untuk anak muda.

“Muhyiddin sendiri akan umumkan tawaran kepada rakyat Selangor.

“Jika diizinkan kita menang antara perkara pertama kita akan lakukan adalah mewujudkan 100,000 pekerjaan berkualiti untuk anak muda,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button