Politik

Politik ‘Adakah pelantikan anak, isteri ke jawatan penasihat akan jadi kebiasaan baharu?’ – DRJ

CYBERJAYA – Adakah pelantikan anak dan isteri ke jawatan penasihat dengan alasan tanpa gaji akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus Kerajaan Perpaduan?

Demikian persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin, bagi mengulas pelantikan Nurrul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada perdana menteri, baru-baru ini.

“Ada yang menyatakan bahawa ‘Nurul Izzah bukan terima gaji pun sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada ayahnya di Kementerian Kewangan. Jadi, apa salahnya?’

“Sekiranya itu hujah yang digunakan, adakah bermakna selepas ini Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri boleh melantik anak isteri mereka sebagai penasihat tanpa gaji di kementerian masing-masing atas pelbagai justifikasi?” soal bekas Menteri Pendidikan itu dalam hantaran di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman pula berkata, rakyat tidak mempersoalkan kelayakan serta merit dimiliki Nurul Izzah, namun pelantikannya melanggar reformasi institusi dilaungkan bapanya.

“Yang dipersoalkan adalah elemen ‘conflict of interest’, prinsip asas dalam etika urus tadbir yang telah dikompromi, di samping janji reformasi institusi yang dilanggari,” kata Syahir yang juga menjawat jawatan Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button