Menteri Kerja Raya arah siasatan penuh kejadian jalan mendap di Lebuhraya KL-Karak
KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengarahkan jabatan dan agensi yang terlibat supaya melakukan siasatan menyeluruh terhadap kejadian kes jalan mendap di Kilometer (KM) 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dari masa ke semasa.
Beliau berkata, maklumat lengkap mengenai insiden itu perlu diperolehi bagi mengetahui punca dan masa yang diperlukan untuk pembaikan masalah tersebut.
Pada masa kini, semua lorong arah Timur dan Barat terpaksa ditutup kepada laluan
“Pengguna ke arah Kuantan/ Karak juga dinasihatkan keluar ke Persimpangan Bentong Barat dan masuk semula ke lebuhraya di Persimpangan Bentong Timur.
“Selain itu, pengguna yang ingin menggunakan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road (CSR) untuk ke Kota Bharu dibenarkan menggunakan Persimpangan CSR.
“Manakala, pengguna ke arah Kuala Lumpur pula dinasihatkan keluar di Persimpangan Bentong Timur dan masuk semula ke lebuhraya di Persimpangan Bentong Barat,”katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Terdahulu, media melaporkan kejadian mendapan tanah (sinkhole) berlaku di KM 66.1 arah Barat dan Timur, di antara Persimpangan Bentong Barat ke Persimpangan Bentong Timur.