Automatif & TeknologiBerita Semasa

EVM Asia sasar penyertaan lebih 200 penggiat industri EV dunia

CYBERJAYA – Pameran EVM Asia menyasarkan penyertaan lebih 200 pemain industri kenderaan elektrik (EV) bagi edisi tahun ini.

Menurut wakil penganjurnya, AMB Tarsus Events Group, sasaran penganjuran kali ini adalah untuk menjadikan pameran tersebut sebagai acara utama berkenaan EV di rantau ini, selari dengan sasaran kerajaan untuk menjadikan negara sebagai hub utama EV.

“Buat masa ini, lebih 200 syarikat dari 18 negara sudah menyatakan minat untuk mengambil bahagian tahun ini,” kata Pengerusi penganjur, Tan Sri Dr. Mohd Nasir Mohd Ashraf.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran EVM Asia 2023 di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz.

Pameran yang masuk edisi kedua penganjurannya ini diadakan bertujuan mempromosikan ekosistem EV di Malaysia, dan akan diadakan dari 19 hingga 21 September depan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Selain pameran teknologi kenderaan dan infrastruktur berkaitan EV, pameran tersebut turut mengetengahkan bicara ilmiah EVM Asia Tech Talks, di mana kira-kira 15 kertas berkaitan perkembangan industri tersebut akan turut dibentangkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button