Politik

Saya masih belum terima apa-apa dari Sanusi – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mendedahkan beliau belum menerima notis tuntutan saman (LOD) daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Dalam nada sidis Saifuddin berkata, sekiranya LOD itu mahu diserahkan kepadanya, dia sedia menerimanya kerana beliau bukan individu yang susah untuk dihubungi.

“Saya belum terima apa-apa. Dia kat Kedah, saya kat sini (Putrajaya). Tapi semalam saya pun sepanjang hari di Kedah.

“Tapi saya boleh dihubungi bila-bila masa. Saya tak elak panggilan. Itu ja beza dia.

“Malam ini pun saya akan ada di Kedah lagi. Jadi saya boleh didekati dengan mudah tak payah dekati pukul 3 pagi, tiada masalah,” katanya pada sidang media Hari Imigresen yang berlangsung di Dataran Pahlawan, Presint 1 hari ini.

Muhammad Sanusi dalam ucapan lewat malam tadi di Sik, Kedah berkata, beliau sudah menghantar dua notis tuntutan saman terhadap Saifuddin berhubung kenyataan fitnah terhadapnya.

Ia adalah bagi dakwaan kes melibatkan kecurian nadir bumi (REE) di Kedah dan penyalahgunaan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sebanyak RM1.6 bilion.

Show More

Related Articles

Back to top button