Berita Semasa

Isu 3R MB Kedah belum selesai – Sultan Selangor

 

BANGI – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa
isu berkaitan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor belum selesai.

Baginda berkata demikian selepas berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Dalam pertemuan berasingan, baginda
juga berkenan menerima mengadap Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan hati ini.

Pertemuan itu membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.

Semalam, Muhammad Sanusi memohon ampun kepada Sultan Sarafuddin menerusi warkah kepada baginda yang diutuskan.

Bagaimanapun, permohonan maaf itu tidak bermakna siasatan polis ke atas lebih 57 laporan yang dibuat ke atas Muhammad Sanusi dihentikan.

Show More

Related Articles

Back to top button