Berita Semasa

Kelantan bakal terima RM1.7 bilion baiki masalah air

GUA MUSANG – Kerajaan Negeri Kelantan bakal menerima peruntukan berjumlah RM1.7 bilion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri ini yang berlarutan sejak puluhan tahun lalu.

Peruntukan itu adalah hasil rundingan kerajaan negeri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mdalam satu jawatankuasa khusus daripada Kementerian Kewangan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hasil daripada pertemuan itu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan awal yang akan diterima Kelantan.

“Sebelum ini kita minta sebanyak RM8 billion tetapi Perdana Menteri mahu perhalusi angka berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Hak Milik Tanah Jajahan Gua Musang, di Felda Chiku 2 di sini, semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri Kelantan memerlukan RM8 bilion untuk menyelesaikan isu air di negeri itu, namun bajet itu perlu diteliti sepenuhnya.

Usaha itu menurut beliau antara perkara utama yang diberi perhatian oleh kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

Peruntukan untuk membaik pulih bekalan air itu dipertimbangkan oleh kerajaan pusat bersama keperluan negeri Sabah yang juga berdepan masalah yang sama, antara yang paling kritikal di negara ini.

Show More

Related Articles

Back to top button