Berita Semasa

Tiada bidaan lain, Stadium Sultan Ibrahim dipilih venue perlawanan akhir Piala FA

KUALA LUMPUR – Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dipilih sebagai venue erlawanan akhir Piala FA 2023 selepas proses bidaan ditutup pada 24 Mei lalu.

Menurut Malaysian Football League (MFL) ia selepas pihaknya hanya menerima bidaan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjadikan SSI sebagai lokasi perlawanan akhir.

“MFL sebelum ini menetapkan bahawa pemilihan venue Perlawanan Akhir Piala FA 2023 akan dibuat menerusi bidaan terbuka kepada semua kelab Liga Malaysia 2023 bermula 19 Mei 2023.

“MFL dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pemilihan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak boleh digunakan bagi final Piala FA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai 2023,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya,ia susulan SNBJ masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober dan MFL juga tidak dapat menangguhkan perlawanan itu memandangkan kekangan kalendar pertandingan selepas Oktober yang padat.

Mengulas mengenai bidaan itu, MFL berkata, dalam tempoh bidaan yang dibuka pada 19 Mei 2023 hingga 24 Mei 2023, hanya JDT telah mengemukakan permohonan di mana tiada sebarang bidaan diterima MFL daripada kelab lain.

Katanya, bagi melayakkan bidaan, kelab dan venue perlawanan yang dinamakan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MFL seperti yang termaktub di dalam Manual Liga Malaysia 2023.

“Berikutan tiada bidaan diterima daripada kelab lain selain JDT maka MFL mengesahkan bahawa SSI telah dipilih sebagai venue Perlawanan Akhir Piala FA 2023.

“Bagaimanapun sebarang perubahan berkenaan pemilihan venue Perlawanan Akhir Piala FA 2023 tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button