Sukan

Perak FC pilih Stadium Sultan Ibrahim untuk aksi tertunda Liga Super menentang JDT

KUALA LUMPUR – Perak FC memaklumkan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bahawa perlawanan Liga Super yang tertunda antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Johor, pada 10 November 2024.

Keputusan itu dibuat sebagai respon kepada permintaan MFL yang mengarahkan Perak FC untuk menamakan venue alternatif bagi perlawanan berprofil tinggi tersebut demi mengurangkan risiko keselamatan dan mengelakkan insiden yang boleh mengganggu jadual Liga Super separuh musim ini yang masih belum lengkap.

Perak FC memilih SSI sebagai gelanggang untuk perlawanan itu setelah dua pertemuan mereka dengan JDT, masing-masing dijadualkan pada 17 Ogos dan 5 Oktober lalu, terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.

Pemilihan lokasi itu diharap dapat memastikan undian Piala Malaysia 2024-2025 yang dijadualkan pada 11 November dapat dijalankan seperti yang dirancang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button