Berita Semasa

Skim insurans Rahmah dilancar bulan depan

DUNGUN – Kerajaan akan melancarkan skim insurans Rahmah khusus buat penduduk yang tinggal di kawasan yang kerap terlibat banjir.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ketika ini terdapat tiga syarikat pengendali berminat untuk menawarkan pakej perlindungan tersebut.

“Penduduk yang berminat hanya perlu membayar caruman pada harga Rahmah yang rendah dan mendapat perlindungan setimpal.

“KPDN sedang perkemaskan pengkalan data lengkap libatkan semua mangsa banjir di seluruh negara bagi penawaran skim Insurans Rahmah terbabit,” katanya, selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 300 keluarga daerah ini yang terjejas banjir musim tengkujuh lalu.

Salahuddin berkata, pengkalan data terbabit akan dikemaskini dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Tambah beliau, geografi kampung-kampung seluruh negara yang sering dilanda banjir juga elemen penting dalam sistem pengkalan data terbabit.

Show More

Related Articles

Back to top button