Berita Semasa

Mangsa terkorban nahas helikopter syahid akhirat – UAI

KUALA LUMPUR – Kesemua mangsa beragama Islam yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut semalam disifatkan syahid akhirat.

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkata, semua anggota tentera yang maut dalam insiden menyayat hati itu adalah syahid akhirat.

“Syahid akhirat ini jenazah mereka perlu dikafan dan disolatkan seperti biasa. Golongan ini juga akan mendapat keistimewaan di akhirat nanti.

“Tapi dalam kes syahid dunia ia melibatkan mereka yang meninggal dalam jihad fi sabilillah (berjuang di jalan Allah), jenazah mereka tidak perlu dimandi dan dikafan,” katanya.

Azhar berkata, antara contoh syahid akhirat termasuk mati semasa melahirkan anak, mati lemas, terbakar, akibat wabak, penyakit dalam perut atau dihempap benda berat.

“Dalam kes nahas helikopter ini, mereka yang terkorban boleh dikira sebagai mati tertindih benda,” katanya.

Dalam kejadian pagi semalam, dua buah helikopter milik TLDM terhempas selepas bertembung di udara mengorbankan kesemua 10 kru.

Helikopter model HOM dan Fennec itu dikatakan berlepas dari Padang Setiawan untuk mengadakan latihan persembahan udara sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke 90.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button