Berita Semasa

Johor kekurangan doktor dan jururawat – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Negeri Johor kekurangan hampir 2,800 kakitangan kesihatan, khususnya doktor dan jururawat.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada Pemangku Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Seri Norazman Ayob.

“Terima kasih Ketua Setiausaha KKM (Memangku) yang sudi mendengar keluhan saya dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon tentang pekara ini.

“Adalah menjadi harapan saya agar pihak KKM dapat mempertimbangkan jawatan ini diisi dengan kadar segera bagi menampung keperluan serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat di Johor,” kata Onn Hafiz dalam satu hantaran di laman Facebokk miliknya.

Menteri Besar itu berkata, beliau turut meminta pihak KKM melihat cara yang lebih tuntas untuk mengurangkan kesesakan di hospital-hospital negeri ini, terutamanya di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI).

Beberapa foto mengenai pertemuan Onn Hafiz bersama Ling dan Norazman turut dikongsi dalam hantaran tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button