Berita Semasa

HTJ siasat dakwaan pesakit belum stabil diarah keluar wad

SEREMBAN – Pihak pengurusan Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan dakwaan yang mengatakan seorang pesakit yang masih tidak stabil telah diarahkan keluar dari wad hospital berkenaan.

Pengarah HTJ, Dr Zaleha Md Noor berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan yang akan meneliti dakwaan berkenaan.

“HTJ memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci dan membincangkan mengenai aduan yang tular ini.

“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap mereka yang terlibat sepanjang proses siasatan ini dijalankan,” kata Dr Zaleha dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, satu hantaran di laman media sosial yang dibuat oleh seorang wanita menjadi tular apabila dia meluahkan kekecewaannya dengan mendakwa suaminya telah diarahkan untuk keluar dari wad di HTJ walaupun masih berada dalam keadaan tidak stabil.

Show More

Related Articles

Back to top button