Jenayah & Mahkamah

Cubaan larikan tabung masjid gagal kerana terlalu berat

KUBANG PASU – Jemaah Masjid Al Aqla di Jitra yang mahu menunaikan solat Subuh pada hari pertama Ramadan terkejut apabila menemukan tabung besi kutipan sumbangan berada di pekarangan masjid.

Tabung tersebut yang pada asalnya diletakkan di koridor masjid, dipercayai cuba diheret keluar, namun ditinggalkan di situ oleh si pencuri akibat terlalu berat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, tabung tersebut ditemukan seorang jemaah berusia 73 tahun pada pukul 6.05 pagi.

“Tabung itu ditemukan dalam keadaan masih berkunci. Pemeriksaan dijalankan mendapati tiada duit yang hilang dan kita berjaya menemukan tiga cap jari pada tabung tersebut,” katanya.

Tambah Rodzi, kamera litar tertutup (CCTV) masjid tersebut tidak meliputi kawasan tabung berkenaan dan hanya berada dalam masjid.

“Walaupun tiada barangan yang hilang, namun satu anak tangga masjid tersebut pecah dipercayai akibat terkena peti besi yang cuba dilarikan suspek itu,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button