Jenayah & Mahkamah

Kes Jana Wibawa: Datuk Roy, bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah bebas dengan jaminan SPRM

PUTRAJAYA – Seorang lelaki dikenali ‘Datuk Roy’ bersama seorang bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah yang disyaki terlibat dengan kes Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini..

Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin, kedua-dua suspek dilepaskan masing-masing dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Datuk Roy ditahan ketika memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 di pejabat SPRM di sini, pada jam 3 petang Isnin lalu.

Majistret Kuala Lumpur, Noorelynna Hanim Abd Halim, kemudian membenarkan lelaki berusia 54 tahun itu direman tiga hari dan melepaskan suspek dengan jaminan SPRM, pada Khamis lalu.

Walaubagaimanapun , Datuk Roy ditahan semula sebelum Mahkamah Majistret Putrajaya menyambung reman empat hari lagi berakhir hari ini.

Datuk Roy diburu disyaki menjadi perancang utama dalam siasatan kes meminta dan menerima rasuah RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan program Jana Wibawa.

Empat individu termasuk seorang pegawai SPRM ditahan, namun dibebaskan dengan jaminan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berkenaan atas tujuan sama.

Untuk rekod, Datuk Roy yang beralamat di Kuantan, Pahang, pernah dipenjara kerana terbabit kes rasuah.

Dalam pada itu, bekas Timbalan Pendaftar itu pula ditahan kerana disyaki bersubahat meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM2 juta, bagi membantu menyelesaikan kes siasatan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan yang sudah dituduh berkaitan projek itu.

Suspek yang sudah bersara pada Disember 2021  sebagai Timbalan Pendaftar Mahkamah di Putrajaya, direman selama tiga hari dan tempih remannya berakhir hari ini.

Suspek berusia 50-an itu dipercayai meminta suapan sebagai balasan seperti meminta pihak SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.

Show More

Related Articles

Back to top button