Berita Semasa

PM komited tangani isu pembaziran, ketirisan perbelanjaan negara – Ketua Audit Negara

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim komited dalam menangani isu pembaziran dan ketirisan perbelanjaan negara.

Menurut Ketua Audit Negara Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, komitmen itu dizahirkan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan pasukan audit pada 17 Jan lepas.

Dalam pertemuan itu, kata Nik Azman, Anwar menyatakan beliau tidak akan menyekat kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan malah meminta Jemaah Menteri supaya menyemak laporan berkenaan.

“Mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri menjadi perangsang kepada pasukan audit untuk terus melakukan yang terbaik dalam memberi berkhidmat kepada masyarakat dan negara,” kata Nik Azman dalam taklimat media berhubung Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 2, di sini hari ini.

Pada 17 Jan lepas, Anwar mengarahkan Jemaah Menteri supaya mengambil serius dan meneliti setiap teguran Laporan Ketua Audit Negara 2021 tentang soal perbelanjaan, ketirisan yang tidak menepati syarat serta peraturan.

Show More

Related Articles

Back to top button