Berita SemasaPM X

PM ke Turkiye malam ini, dana RM20 juta dikumpul

KUALA LUMPUR – Kerajaan berjaya mengumpul dana berjumlah RM20 juta untuk digunakan dalam misi bantuan kemanusiaan di Turkiye dan Syria.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dana itu termasuk AS$2 juta yang disumbangkan Kerajaan Persekutuan dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Anwar turut memaklumkan sedang mempertimbang untuk terbang ke Turkiye malam ini bagi memberi sokongan moral kepada rakyat negara itu dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

“Kita telah kumpulkan RM20 juta, termasuk AS$1 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan AS$1 juta daripada Tuanku Sultan Johor, serta beberapa syarikat tempatan.

“Saya juga diminta oleh Presiden Turkiye, kalau boleh untuk segera ke sana bagi memberi sokongan moral. Dan, saya sedang mempertimbang sama ada terpaksa bertolak malam ini.

“Ini untuk menunjukkan sokongan kita, kerana beberapa pemimpin negara lain telah sampai dan Erdogan minta saya sampai secara peribadi ke sana,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button