Berita SemasaPM X

Gempa bumi: Malaysia hantar pasukan peninjau khas ke Syria malam ini – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menghantar Pasukan Peninjau khas ke Damsyik bagi mendapatkan butiran mengenai situasi sebenar berhubung tragedi gempa bumi di Syria.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan peninjau itu akan diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar.

“Berhubung bantuan kepada Syria, Sekretariat bagi penyaluran bantuan kemanusian ke Syria di bawah kendalian Kementerian Luar Negeri telah beroperasi pada 13 Februari 2023.

“Satu perbincangan bersama Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Syria di Kuala Lumpur telah diadakan pada 13 Februari 2023. Ia bagi mendapatkan butiran mengenai situasi sebenar di Syria serta keperluan kritikal yang amat diperlukan ketika ini dan lokasi-lokasi yang terjejas teruk,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, pasukan itu yang terdiri daripada pasukan NADMA, Kementerian Luar, Bahagian Penyelidikan (JPM), Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi-agensi yang berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkepakaran akan bertolak malam ini.

Related Articles

“Lawatan ini adalah amat penting bagi mengenal pasti barangan keperluan yang diperlukan dan laluan yang selamat bagi penyaluran sumbangan kepada Syria di samping membina jaringan komunikasi dengan pihak berkuasa di Syria,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button