Berita Semasa

Selebriti dialu-alukan guna pengaruh mereka sebar kesedaran tentang keganasan rumah tangga

PUTRAJAYA – Penglibatan selebriti dalam menyebarkan kesedaran tentang keganasan rumah tangga amat dialu-alukan kerana anggota masyarakat lebih mudah untuk dipengaruhi dengan penyampaian mereka.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, hasil karya kreatif mereka mudah difahami oleh lapisan masyarakat, melangkaui umur dan jantina.

“Advokasi terhadap keganasan rumah tangga tidak hanya dari aspek undang-undang atau akademi tapi pendekatan yang boleh diterokai adalah dengan memenangi emosi masyarakat kaum lelaki juga wanita.

“Jadi, kalau pihak seperi artis mengambil bahagian advokasi, masyarakat mudah nak faham, pengaruh artis lebih mudah untuk diterima apatah lagi menggunakan unsur pendidikan agama,” kata Aiman Athirah, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas hadir menyampaikan Sumbangan Tabung Kasih kepada waris manga keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin.

Tabung Kasih berkenaan digerakkan oleh pengasas jenama BabyPian yang juga selebriti, Sufian Suhaimi.

Kata Athirah Aiman lagi, para selebriti boleh menggunakan pendekatan masing-masing untuk membantu Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam memberikan advokasi secara berterusan kepada masyarakat.

“Program kesedaran biasanya dibuat kepada kaum perempuan tapi program lelaki untuk faham tanggungjawab itu kurang. Kalau adanya aliran nasyid contohnya untuk bawa ke arah itu dan dipamerkan dan disampaikan secara kreativiti lebih baik,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button