Jenayah & Mahkamah

Polis temukan mayat terapung dalam bekas lombong

CYBERJAYA – Satu mayat yang tidak dikenal pasti identitinya ditemukan terapung dalam sebuah bekas lombong di Cybersouth, Dengkil hari ini.

Ketua Polis Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof (gambar) berkata, mayat tersebut ditemukan oleh seorang pemancing pada kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

“Saksi memberitahu dia terlihat satu objek menyerupai manusia didalam keadaan terapung di dalam lombong pada jarak lebih kurang 300 meter.

“Setelah dihampiri, dia mendapati objek itu merupakan mayat seorang lelaki lengkap berpakaian. Saksi kemudiannya telah menghubungi Balai Polis Dengkil untuk tindakan selanjutnya,” kata Wan Kamarul Azran dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Pemeriksaan di lokasi oleh pasukan forensik bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesan jenayah.

“Si mati disyaki warganegara asing kerana tiada tanda suntikan BCG pada lengannya.

“Berdasarkan keadaan mayat, si mati disyaki telah meninggal dunia sejak lebih kurang tiga hari lalu,” tambah Wan Kamarul Azran lagi.

Beliau kemudiannya menambah, mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button