Berita Semasa

Program PUTRARenang sediakan kelas renang percuma untuk anak Putrajaya

PUTRAJAYA – Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya akan mengadakan program PUTRARenang di bawah inisiatif Akademi Anak Putrajaya.

Menurut Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin, program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran anak-anak tentang keselamatan di air serta kemahiran asas berenang.

“Dalam program ni, selain anak-anak diajar tentang kemahiran asas teknik berenang, anak-anak juga berpeluang mendapat pendedahan tentang aspek keselamatan apabila terlibat dalam aktiviti di air.

“Dengan ini, anak-anak dapat 2 ilmu sekaligus iaitu macam mana nak berenang dan dalam masa yang sama dapat belajar bagaimana nak melakukan aktiviti di air dengan selamat,” katanya.

Menurut Radzi lagi, keselamatan air ini lebih kepada aspek bagaimana cara anak-anak untuk pastikan mereka dapat melaksanakan aktiviti di dalam air dengan selamat dan pastikan persekitaran juga selamat.

Katanya, mempunyai ilmu tentang teknik yang betul untuk berenang juga salah satu aspek keselamatan air.

“Sepertimana kita sedia maklum Putrajaya kini memang terkenal dengan pelbagai aktiviti sukan air, jadi saya yakin pengetahuan asas seperti keselamatan air ini amat diperlukan oleh warga Putrajaya khususnya untuk anak-anak di sini.

“Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai sertai program PUTRARenang. Jika ibu bapa berminat untuk mendaftarkan anak-anak untuk kelas ini, boleh layari laman sesawang ini.

“Segala maklumat tentang jadual latihan, tempat latihan, masa latihan telah dikongsikan dalam laman sesawang tersebut,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button