Jenayah & Mahkamah

Suspek kejadian letupan bungkusan diberkas

KUALA LUMPUR – Polis memberkas sepasang suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian letupan bungkusan di Pandan Indah di sini pada Khamis lalu.

Kedua-dua suspek diberkas di sebuah rumah di Kedah, tengah malam Selasa.

Sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah membawa kedua-dua suspek ke Mahkamah Majistret Ampang bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.

Pada 29 Disember lalu, media melaporkan mangsa berusia 28 tahun maut selepas satu bungkusan yang diletakkan di atas bonet keretanya meletup dalam kejadian di hadapan sebuah restoran yang merupakan tempat kerjanya.

Siasatan awal mendapati mangsa telah melihat satu bungkusan berada di bonet keretanya jenis Toyota Corolla Altis dan memegangnya sebelum meletup.

Letupan itu mengakibatkan mangsa parah di badan dan tangan sebelum dikejarkan oleh orang awam ke Hospital Ampang.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 malam ketika sedang menerima rawatan.

Polis turut menemui beberapa objek dipercayai bahan letupan yang digunakan berhampiran lokasi kejadian tetapi masih menyiasat perkara berkenaan.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button