
BERITA SEMASA
Taiwan digegarkan gempa bumi 6.3 skala Richter
TAIPEI – Gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter melanda negara ini dalam beberapa siri gegaran bermula semalam sehingga awal pagi ini.
Pihak berkuasa tempatan melaporkan, gegaran yang melanda timur Hualien pada pukul 5 petang semalam boleh dirasai sehingga ke ibu kota.
“Pada pukul 2.26 pagi tadi, gegaran direkodkan pada skala 6 magnitud dan disusuli dengan gegaran 6.3 magnitud 6 minit kemudian.
“Kesemua gegaran berlaku di wilayah Hualien,” menurut kenyataan Pentadbiran Cuaca Pusat.
Awal bulan ini juga, Taiwan dilanda gempa bumi berukuran 7.4 skala Richter yang mengorbankan 9 nyawa.
Beberapa bangunan juga runtuh dalam kejadian itu.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








