
Isu bendera terbalik: Anthony Loke tegur pihak cuba ‘menangguk di air keruh’
CYBERJAYA – Tiada keperluan untuk mana-mana pihak mengambil kesempatan “menangguk di air keruh” dengan mengugut untuk mengadakan protes dalam isu penyalahgunaan dan kesilapan kesilapan berhubung dengan bendera dan lambang negara.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak berkenaan juga tidak perlu “mengajar” orang lain untuk mengibarkan bendera.
BACA JUGA:
Kibaran Jalur Gemilang perlu ikut tatacara betul, elak salah faham
“Tindakan seperti itu adalah satu cara membuli yang sudah tentu ditolak sama sekali oleh rakyat Malaysia,” kata Anthony dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Beliau menegaskan, sebagai simbol kedaulatan negara, Jalur Gemilang wajib dikibarkan dengan betul dan penuh penghormatan.
“Itu sebabnya ada undang-undang khusus untuk mengawal selia pengibarannya,” katanya sambil merujuk kepada Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
Sehubungan itu, katanya lagi, pihak polis perlu diberi ruang untuk bertindak secara adil dalam isu berkenaan.
“Dalam menangani apa-apa insiden kesilapan berkenaan bendera, pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang adalah pihak polis dan mereka perlu diberi ruang untuk bertindak secara adil dan saksama berpaksikan kepada prinsip Kedaulatan Undang-undang atau ‘Rule of Law’,” katanya.
Anthony kemudian turut berkata, semangat patriotisme seseorang tidak boleh diukur hanya melalui satu bentuk luaran semata-mata.
“Setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada negara dan tidak ada mana-mana pihak yang boleh memonopoli erti patrotisme. Bak kata pepatah Inggeris, “the substance is more important than the form”,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |