
Sunjay Kapur meninggal dunia tertelan lebah
LONDON – Ahli perniagaan terkenal India, Sunjay Kapur, 53, yang juga bekas suami kepada pelakon Bollywood, Karisma Kapoor meninggal dunia dipercayai selepas tertelan seekor lebah ketika bermain polo di Guards Polo Club, Windsor, United Kingdom, kelmarin.
Akibat insiden itu, Sunjay dilaporkan mengalami kejutan alahan akibat sengatan lebah dalam bahagian mulutnya.
Sejurus selepas kejadian itu, Sunjay sempat memberitahu rakan sepasukannya bahawa dia tertelan sesuatu sebelum rebah dan mengalami serangan jantung.
Pasukan perubatan yang berada di lokasi cuba memberikan bantuan kecemasan namun Sunjay tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sunjay merupakan pengerusi syarikat Sona Comstar, antara pengeluar komponen automotif terbesar di dunia yang membekalkan alat ganti kepada syarikat-syarikat gergasi termasuk Tesla dan Volkswagen.
Nilai pasaran syarikatnya dianggarkan mencecah lebih RM17.6 bilion.
Beliau aktif dalam sukan polo dan dikenali rapat oleh kerabat diraja Britain, termasuk Putera William, yang turut bermain di kelab polo sama.
Pemergian Sunjay mencetuskan kejutan dalam kalangan ahli perniagaan dan selebriti India.
Pihak pengurusan Sona Comstar menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berwawasan sehingga membawa syarikat ke persada global.
Kematian beliau juga mengundang perhatian terhadap isu pewarisan harta oleh tiga anak hasil daripada dua perkahwinan iaitu dengan Karisma Kapoor dan isterinya kini, Priya Sachdev.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |