Berita Semasa

LPPKN anjur forum pemerkasaan wanita dan kanak-kanak perempuan

DENGKIL – Selaras dengan usaha menangani isu berat sebelah, stereotaip, serta sikap prejudis yang masih dihadapi sebilangan besar wanita dan kanak-kanak perempuan, Kementerian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) menganjurkan Forum Mengorak Kuasa Kesaksamaan Gender bagi mencari penyelesaian dalam semua aspek tersebut

Forum ini diadakan bagi membangkitkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kependudukan dunia agar hak, peluang dan perlindungan diberikan kepada setiap individu tanpa mengira jantina atau peringkat umur.

Forum yang dianjurkan secara maya ini menerima sambutan baik apabila seramai 250 peserta yang mewakili pelbagai agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) mengambil bahagian dalam usaha mengintegrasikan isu kependudukan dalam pembangunan negara.

Forum yang diadakan secara maya ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri; Pengerusi LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr.  Mohd Uzir Mahidin, dan wakil UNFPA Malaysia, Tengku Aira Tengku Razif, sebagai panel.

Show More

Related Articles

Back to top button