Luar Negara

Dua maut, 10 cedera akibat jejambat runtuh di Bangkok

BANGKOK – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 10 lagi cedera selepas sebuah jejantas yang sedang dalam pembinaan runtuh di daerah Lat Krabang di sini, pada petang semalam.

Bahagian jejambat bertingkat sepanjang 500 meter yang sedang dalam pembinaan runtuh ke atas jalan di bawahnya pada kira-kira 6 petang waktu tempatan.

Segmen itu, yang merupakan sebahagian daripada projek jalan bertingkat On Nut-Lat Krabang sepanjang 2.2 kilometer.

Kejadian berlaku semasa segmen itu diangkat oleh kren sebelum ia terbalik menyebabkan struktur konkrit dan keluli itu jatuh ke atas kenderaan dan bangunan komersial.

Bekalan elektrik di kawasan itu terputus dan hanya disambung semula menjelang tengah malam.

Pengawai pejabat daerah Krabang, Chatchaya Kamjan, berkata mangsa pertama terbunuh serta-merta apabila segmen itu runtuh.

Mangsa kedua ditemui pasukan mencari dan menyelamat ketika meninjau lokasi berkenaan.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan,” katanya memetik laporan Bernama.

Siasatan awal menunjukkan kren itu mungkin mengalami tekanan berlebihan atau terdapat kerosakan pada alat pengangkat.

Terdahulu, tular video di media sosial menunjukkan segmen jejantas yang runtuh dan kenderaan remuk di bawahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button