Luar Negara

Bekas Presiden Pakistan meninggal dunia

DUBAI – Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf dilaporkan meninggal dunia pada usia 79 tahun di sebuah hospital di bandar raya ini.

Laporan al-Jazeera menyebut, Allahyarham sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit amyloidosis yang mengakibatkan kegagalan organ.

Musharraf yang juga bekas Ahli Pasukan Khas Pakistan menjadi presiden setelah menyingkirkan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif pada 1999 dan menjadi presiden pada tahun 2001.

Namun, beliau memilih untuk meletak jawatan pada 2008 selepas berdepan kemungkinan dipecat daripada jawatan itu.

Musharraf pernah menubuhkan sebuah parti politik pada 2010 namun gagal meraih sebarang kerusi utama bagi dua pilihan raya selepas itu.

Beliau kemudian memilih untuk menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas berdepan tuduhan kianat pada 2014.

Show More

Related Articles

Back to top button