
Nahas JAL516: Semua penumpang, anak kapal terselamat
TOKYO – Kesemua 379 penumpang dan anak kapal pesawat Japan Airlines JAL 516 terselamat setelah kapal terbang tersebut terbakar di Lapangan Terbang Haneda, hari ini.
Difahamkan, kapal terbang jenis Airbus A350-900 itu terbakar setelah berlanggar dengan sebuah kapal terbang milik Pasukan Pengawal Pantai Jepun.
Nasib anak kapal pesawat satu lagi masih belum disahkan, namun laporan awal menyebut lima daripada anak kapal pesawat malang itu ‘masih hilang’.
Japan Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, pesawat penumpang terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang New Chitose, Hokkaido menuju ke Haneda.
Menurut laporan NHK, api yang marak kelihatan menjulang keluar dari tingkap-tingkap dan bahagian atas pesawat ketika ia masih lagi dalam pergerakan, menurut laporan media tempatan dan imej yang kini tersebar di media sosial.
Susulan insiden tersebut, semua pesawat yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang itu dilencongkan ke lokasi lain.
Berdasarkan data daripada Flight Radar, penerbangan yang dijadualkan tiba sebelum dan selepas 6.30 petang (waktu tempatan) semuanya diarahkan mendarat di lapangan terbang lain.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |