Berita Semasa

LIMA’23: Maritim Malaysia bincang atasi jenayah rentas sempadan dengan deligasi luar

LANGKAWI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima empat kunjungan hormat daripada deligasi luar pada hari pertama Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mahsuri (MIEC).

Menurutnya dalam satu kenyataan, kunjungan yang dilakukan melalui Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya (Maritim) Datuk Saiful Lizan Ibrahim ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara negara selain dapat menjalinkan kerjasama dalam mengekalkan keselamatan Zon
Maritim khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

“Turut menjadi intipati dalam pertemuan berkenaan adalah perkongsian dan
pertukaran idea dalam menangani isu jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia, pencerobohan Bot Nelayan Asing (BNA), penyeludupan dadah dan barangan kontraban,” katanya.

Dalam pada itu katanya, deligasi terlibat adalah Ketua Pejabat Eksekutif Komander Thailand – MECC, Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Amnuay Thongrod; Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Pengawal Pantai India, Inspektor General MV Pathak; Naib Komandan Pengawal Pantai Vietnam, Dam Xuan Tuan serta Panglima Tentera Laut Singapura, Laksamana Muda Sean Wat.

Turut hadir pada sesi kunjungan hormat berkenaan, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (Maritim) Hamid Mohd Amin serta pengurusan tertinggi Maritim Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button