Berita Semasa

Pemilik restoran Tuk Din di London meninggal dunia

LONDON – Pemilik restoran Tuk Din, Datuk Zainudin Yahya yang beroperasi di London, England menghembuskan nafas terakhir hari ini pada pukul 9.40 pagi  waktu tempatan.

Berita duka itu dikongsi dalam laman Facebook Melayu London sebentar tadi.

Menurut perkongsian itu, Allahyarham yang lebih mesra disapa sebagai Tuk Din meninggal dunia di Hospital Hammersmith di sini.

“Dukacita diumumkan bahawa datuk Zainudin Yahya (Tuk Din), tuan punya restoran yang termasyhur di kota London, UK sudah pulang ke rahmatullah pagi ini jam 9.40 waktu London di Hammersmith Hospital.

“Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau, ampunkan segala dosa beliau dan naikkan maqam bersama para awliyak dan syuhada di syurga,” tulisnya.

Tuk Din (tengah) bergambar kenangan bersama Yang Dipertuan Agong di hadapan restoran miliknya.

Bagi rakyat Malaysia yang pernah menetap dan mengunjungi negara itu nama Tuk Din bukanlah asing, kerana rakyat Malaysia itu merupakan pengusaha restoran citarasa Malaysia “TukDin Flavours of Malaysia” berhampiran Paddington Station di sini.

Malah, restoran milik Tuk Din pernah tular apabila sering dikunjungi selebriti bola sepak kelab Inggeris antaranya pemain tengah Chelsea, Ngolo Kante dan penyanyi ternama Yusuf Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button