Berita Semasa

Hujan lebat, angin kencang diramal di empat negeri hingga tengah hari

PUTRAJAYA – Keadaan hujan lebat dan angin kencang diramal melanda empat negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya memberitahu, negeri yang terlibat adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Di Pahang, keadaan cuaca ini melibatkan daerah Bentong, manakala di Selangor di kawasan Hulu Langat.

“Bagi Negeri Sembilan pula ia melibatkan daerah di Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah,” katanya.

Di Johor pula, kawasan yang diramalkan mengalami hujan dan ribut petir adalah di daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Show More

Related Articles

Back to top button