Berita Semasa

MetMalaysia ramal Kuala Lumpur, 8 negeri lain dilanda hujan lebat

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Kuala Lumpur dan lapan negeri lain hingga tengah hari ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada 8.30 pagi tadi, MetMalaysia memaklumkan negeri lain yang terlibat adalah Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Keadaan sama turut dijangka melanda Pahang (Kuantan dan Pekan), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat) serta Melaka (Melaka Tengah dan Jasin).

Di Johor pula membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sabah, ramalan cuaca itu mungkin berlaku di Kudat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button