Berita Semasa

Patuhi undang-undang pemasangan iklan – DBKL

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang pemasangan iklan di seluruh ibunegara.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, pemasangan iklan haram bukan sahaja mencemarkan pemandangan bandar raya, tetapi juga mengabaikan peraturan yang ditetapkan.

“Kepada mana-mana pihak yang masih ‘lupa’ atau sengaja ‘buat tak tahu’, DBKL ingin mengingatkan bahawa operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Pastikan iklan anda mematuhi syarat-syarat dan memperoleh lesen yang sah, atau bersedia untuk melihatnya diturunkan,” kata DBKL dalam hantaran tersebut.

Dalam hantaran sama, DBKL turut berkongsi beberapa gambar menunjukkan pasukan Flying Squad dari Pejabat Cawangan Bukit Bintang menurunkan 125 unit iklan haram di Jalan Syed Putra dalam operasi bersepadu di ibu negara, semalam.

“Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan pemasangan iklan, sila hubungi DBKL untuk mendapatkan maklumat yang betul dan sah,” kata DBKL lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button