Luar Negara

Bapa pemain bintang Sepanyol, Lamine Yamal cedera ditikam

MADRID – Bapa kepada pemain bintang Sepanyol, Lamine Yamal, Mounir Nasraoui dilaporkan telah ditikam di kawasan parkir kereta di Mataro, malam tadi.

Mounir telah dibawa ke Hospital Can Ruti di Badalona namun menurut portal Relevo, dia telah pun dibenarkan keluar.

Mounir Nasraoui ditikam beberapa kali selepas bergaduh dengan beberapa lelaki semasa sedang berjalan dengan anjingnya.

Akhbar La Vanguardia melaporkan bahawa beberapa tangkapan telah pun dilakukan.

Serangan itu berlaku di kawasan Rocafonda di Mataro, sekitar 30 kilometer utara Barcelona.

Show More

Related Articles

Back to top button