Berita SemasaHiburanLuar NegaraSukan

Jin BTS jadi pembawa obor Olimpik 2024

SEOUL – Kim Seok-jin yang merupakan salah seorang daripada penyanyi kumpulan pop terkenal BTS akan menjadi salah seorang daripada pembawa obor pada pembukaan Olimpik Paris 2024.

Jin yang menjadi anggota BTS pertama baru-baru ini tamat menjalani latihan ketenteraan akan berangkat ke Perancis untuk membawa obor mewakili Korea Selatan.

Nyalaan obor temasya Olimpik 2024 telah bermula di Greece pada bulan lalu sebelum tiba di negara tuan rumah penganjuran, Perancis.

Ia akan mengelilingi lebih 400 lokasi di Perancis melibatkan jarak perjalanan sejauh 12,000 kilometer sebelum tiba pada hari pembukaan Olimpik 2024 di Jardins du Trocadero pada 26 Julai.

Seramai 11,000 orang dijangka terlibat dalam larian obor Olimpik secara berganti-ganti itu.

Antara selebriti lain yang akan menyertai larian obor Olimpik 2024 termasuk bekas pemain bola sepak Didier Drogba, bekas pemain bola keranjang Tony Parker, angkasawan dan individu penting lain.

Temasya Olimpik 2024 akan bermula pada 27 Julai sehingga 11 Ogos dengan lebih 15,000 atlet daripada 206 negara bertanding dalam 329 acara dari 32 jenis olahraga.

Show More

Related Articles

Back to top button